Tuesday, June 28, 2011

remaja pelangi


remaja. suatu zaman yang sungguh menyeronokkan. penuh warna warni. cantik umpama pelangi. ada merah,ada jingga, ada kuning, ada hijau, biru,indigo, dan ada ungu. cantik kan? teringat formula warna-warna pelangi yang perlu dihafal semasa zaman srp upsr di zaman-zaman muda dahulu.  pelangi yang hanya boleh dilihat jika ada cahaya mentari disertai hujan renyai. kehadiran pelangi menjadikan insan tersenyum melihat keindahannya. insan yang berfikir tentang keajaiban nikmat ciptaannya. kenikmatannya bertambah indah. sungguh.

remaja. zaman yang jika diisi dengan tarbiah yang baik, menjadikan insan itu gah di masa mendatang. menjadi seseorang bukannya menjadi sesebuah seseekor. benar. didikan itu harus dimulai dari kecil.dari insan itu putih. dan bukanlah insan itu sudah berpelangi. bukan dari zaman insan tu sudah bersuara garau, berpinggang ramping.

isu kegersangan remaja. memang tidak akan habis.sebab,smpai bila-bila remaja itu wujud, selagi tidak berlakunya kiamat. zaman remajalah zaman yang seronok. zaman untuk mencuba. zaman untuk bersuka ria. tapi, seharusnya zaman ini perlu diisi dengan keseronokan belajar hal-hal agama.memadu kasih denganNya.

'apehal?zaman remaja hanya sekali. hidup mesti enjoy!'


memang.remaja memang sekali. tapi hidup juga sekali. nak ke kita habiskan masa remaja dengan enjoy yang memberi erti keseronokan dunia? nak ke kita cerita pada generasi kita, 'ayah/emak dulu, zaman remaja enjoy.bla bla bla'.. taknak ke kita menyejukkan perut ibu mak kita yang penat mengandung 9bulan 10 hari tu? menjadi soleh/solehah idaman setiap insan. menjadi syafaat pada ibubapa yg telah meninggal dunia. ayuhla sahabat-sahabat.. isilah masa remaja kita dengan hal-hal yang betul. betul-betul yang membolehkan kita menjadi insan, seseorang yang indah di mata dunia, indah di mata akhirat. insyaAllah.


contengan tanpa isi yang betul-betul boleh diserap. celik minda.celik hati. moga peroleh sesuatu.


maaf. saya tidak begitu mahir. masih bertatih dalam mencari redhanya.

No comments:

Post a Comment