Thursday, June 30, 2011

isra' mi'raj


9 Jenis Wanita Yang Dimasukkan Ke Neraka...

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Baginda bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan api yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.


Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya di jilbab dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat, selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.

5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

6. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.

7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.


copypaste

...dan pabila keresahan itu datang...

moga peroleh redha Allah selalu.




bismillah..

yaallah.. jauhkan keresahan ini.. jauh dari hidupku.. jauh biar taknampak dimata..tak dirasai dek hati.. campakkan keresahan yg kemas didadaku.. jauh..jauh..


*tarik nafas dalam-dalam*




bila keresahan ini datang.. kita selalu akan berada dekat denganNya, kan? rapat..kemas..

bila kesusahan datang, kita tak jemu-jemu memanggil namanya.. seru... sebut..

bila kita nak sesuatu, kita tak malu-malu meminta daripadaNya, kan?


tapi.


tapi.

bila kita senang, berapa kali kita bersama denganNya?

bila kita mendapat nikmat, berapa   jumlah kesyukuran kita

bila kita bahagia, lama mana kita  ingat padaNya

bila kita  ..bermacam2 lagi perkara baik yg Allah bagi....



glup..

terasa..
terpukul..
rasa macam orang ketuk kepala.


aku tak kata orang lain.aku kata aku. yang jahat.yang keji. yang selalu berdosa padaNya.yang.yang.yang.



dulu. ketika aku berkawan berkawan dengan dia.. aku leka. rasa bahagia selalu bersama,merestui hubungan ini, yang aku tau, ianya haram. tapi, aku nafikannya.Allah,berdosanya aku. Aku lupa pada yang memberi kebagiaan itu.

suatu hari, dia memberi short message system, bertanyakan tentang status hubungan ini.

terkedu. sungguh, aku memang betul-betul memang aku berkawan dengannya. bukannya berkawan. dia bertanyakan soalan itu. aku tanpa berfikir panjang, memutuskannya. aku tidak mahu lagi terus menerus dalam gelumang kebahagiaan yang tidak tahu 'penghujungnya'. kebahagian yang menderitakan.kebahagiaan yang menyesakkan. penat. tercungap-cungap meniti kebahagiaan yang perit.

aku pasrah. maafkan aku kawan..  biarlah aku begini. jangan kau peduli aku. biarlah aku begini. jangan kau ajakku dalam kebahagiaan itu lagi. maafkan aku. aku terpaksa buat begini demi kebahgiaanmu, jua kebagiaanku. aku tidak mahu memberi apa-apa harapan. harapan palsu. harapan benar.

mungkin kau akan temui kebahagiaan yang benar-benar bahagia. bukan bahagia.
















kenangan ini menyesakkan.





ALLAH TAKKAN MENSIA-SIAKANKU

Kadangkala dalam hidup kita tidak pernah sedar, Tuhan sudah melengkapkan hidup kita dengan benda-benda yang kita perlukan untuk jalani hidup dengan sempurna. Sebab Dia akan sentiasa berikan yang terbaik buat kita.
Sempurna vs Terbaik?
Sempurna itu saya lihat dari sisi, dari gambaran cukup atau tidak dalam sesuatu benda asas dalam hidup yang menjadi suatu keperluan, bukan dalam konteks kita dapat segalanya yang kita minta.
Terbaik? Benda yang kita perolehi itu pastinya sesuatu yang Allah sudah rancang untuk kita, dan Dia tahu itu ada adalah sebaik-baik perkara yang bersesuaian dengan fitrah diri kita.Bukankah Allah itu sebaik-baik perancang? Seperti mana tidak pernah ada istilah kebetulan ataupun istilah bernasib baik dalam hidup. Segala sudah diatur rapi, hanya menunggu masa untuk 'dilepaskan' dari Loh Mahfuz dan mencorakkan hidup kita.
Hidup tetap ada pasang surutnya. Tetap ada kegembiraan walapun terselit duka. Allah juga telah berjanji, selepas kesusahan pasti kesenangan berpanjangan akan datang menghampiri. Untuk mengharungi, caranya juga Allah telah jelaskan. Solat dan sifat sabar itu penawarnya.
Syukur tingkatannya lebih tinggi dari tingkatan sabar. Berapa ramai manusia boleh bersabar?Tidak ramai. Apatah lagi yang mampu mengucap syukur, malah bilangan lebih sedikit. Apa erti syukur yang sebenarnya? Apabila kita redha dengan segala ujian yang datang menyinggah, itu adalah suatu bentuk kasih dan tarbiyyah Dia buat kita. Redha? Bila hati ini belajar mengucapkan syukur. Lebih cantik apabila diadun dengan tawakal dan kebergantungan sepenuhnya terhadap rahmat Allah yang tidak pernah surut datang menyirami kita setiap masa.
Rezeki Allah itu bertebaran di muka buminya yang luas, selagi ada rezeki buat kita maka usah gusar. Mengapa harus dikisahkan, dirisaukan tentang perkara yang belum pasti berlaku?Benar hidup itu suatu percaturan, tiada siapa yang mengetahui masa depan apa yang bakal berlaku.
Namun bersedia dengan kejutan dalam hidup yang sudah ditentukan dan tetap istiqamah berusaha mencari redhaNya, suatu ketetapan yang perlu dilakukan sentiasa. Itu sahaja cara mengajar hati agar redha. Jangan pernah berhenti yakin dengan adanya rahmat Allah, tetap sentiasa akan ada laluan buat kita seandainya laluan target kita sudah beralih simpangnya, kerana Allah sudah membina 'jalan yang lain'.
Terus usaha mencari redhaNya. kerana Allah melihat kepada hasil. balasan yang setimpal itu imbalannya. sama ada dalam bentuk yang sama seperti apa yang kita usahakan, mungkin juga balasan itu dalam bentuk lain yang tidak pernah kita sangka-sangka. yakinlah bahawa hidup ini diciptakan dengan indah, dan ujian itu penyerinya. Ujian itu wasilah kita mencapai apa yang sepatutnya yang terbaik dalam hidup kita. Ujian itu perlu sebelum melayakkan diri kita menerima imbalan yang pastinya tetap membuatkan hidup kita tenang dan dalam keredhaanNya.
Cukuplah Allah sebagai pelindungku.
Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang bersabar. Usah bersedih.

Tuesday, June 28, 2011

remaja pelangi


remaja. suatu zaman yang sungguh menyeronokkan. penuh warna warni. cantik umpama pelangi. ada merah,ada jingga, ada kuning, ada hijau, biru,indigo, dan ada ungu. cantik kan? teringat formula warna-warna pelangi yang perlu dihafal semasa zaman srp upsr di zaman-zaman muda dahulu.  pelangi yang hanya boleh dilihat jika ada cahaya mentari disertai hujan renyai. kehadiran pelangi menjadikan insan tersenyum melihat keindahannya. insan yang berfikir tentang keajaiban nikmat ciptaannya. kenikmatannya bertambah indah. sungguh.

remaja. zaman yang jika diisi dengan tarbiah yang baik, menjadikan insan itu gah di masa mendatang. menjadi seseorang bukannya menjadi sesebuah seseekor. benar. didikan itu harus dimulai dari kecil.dari insan itu putih. dan bukanlah insan itu sudah berpelangi. bukan dari zaman insan tu sudah bersuara garau, berpinggang ramping.

isu kegersangan remaja. memang tidak akan habis.sebab,smpai bila-bila remaja itu wujud, selagi tidak berlakunya kiamat. zaman remajalah zaman yang seronok. zaman untuk mencuba. zaman untuk bersuka ria. tapi, seharusnya zaman ini perlu diisi dengan keseronokan belajar hal-hal agama.memadu kasih denganNya.

'apehal?zaman remaja hanya sekali. hidup mesti enjoy!'


memang.remaja memang sekali. tapi hidup juga sekali. nak ke kita habiskan masa remaja dengan enjoy yang memberi erti keseronokan dunia? nak ke kita cerita pada generasi kita, 'ayah/emak dulu, zaman remaja enjoy.bla bla bla'.. taknak ke kita menyejukkan perut ibu mak kita yang penat mengandung 9bulan 10 hari tu? menjadi soleh/solehah idaman setiap insan. menjadi syafaat pada ibubapa yg telah meninggal dunia. ayuhla sahabat-sahabat.. isilah masa remaja kita dengan hal-hal yang betul. betul-betul yang membolehkan kita menjadi insan, seseorang yang indah di mata dunia, indah di mata akhirat. insyaAllah.


contengan tanpa isi yang betul-betul boleh diserap. celik minda.celik hati. moga peroleh sesuatu.


maaf. saya tidak begitu mahir. masih bertatih dalam mencari redhanya.

kali pertama

assalamualaikum.

hari pertama blogging. semoga entri-entri dapat dikongsi bersama..insyaAllah..